'Bikers Kental' Bakal Tarik Mat Rempit Tonton Teater - Hiburan | mStar

'Bikers Kental' Bakal Tarik Mat Rempit Tonton Teater

Artis dan karyawan yang terlibat dalam pementasan terater Bikers Kental. FOTO: Ong Soon Hin
KUALA LUMPUR: Pengarah teater Nazrul Asyraff Mahzan yakin teater Bikers Kental dapat menarik minat golongan 'Mat Rempit' untuk datang menonton teater berkenaan yang bakal dipentaskan di Istana Budaya.

Nazrul berkata, teater ini akan mengetengahkan nilai persahabatan yang tertanam dalam diri setiap penunggang motosikal yang tidak diketahui umum.

"Insya-Allah teater ini akan menarik semua golongan iaitu dari Mat Rempit sehingga penunggang motosikal berkuasa tinggi.

"Kita juga menawarkan harga tiket yang berpatutan iaitu serendah RM45 sahaja yang mampu ditonton semua golongan.

"Saya yakin pementasan ini berbeza kerana kami akan menonjolkan kisah persahabatan penunggang motosikal," ujarnya kepada mStar Online.

Nazrul ditemui pada sidang media teater Bikers Kental, di Istana Budaya di sini pada Jumaat.

Teater tersebut bakal dibintangi oleh Awie, Zizan Razak, Nadia Brian, dan Ameerul Affendi.

Ia akan dipentaskan dari  23 Januari hingga 31 Januari ini.

Dalam pada itu Nazrul berkata, dia mendapat ilham untuk mengangkat naskhah ini ke pementasan teater berikutan sambutan hangat filem Bikers Kental yang ditayangkan pada 2013 lalu.

"Saya akan cuba bawakan seberapa banyak motosikal di atas pentas dengan kerjasama pelbagai syarikat motosikal berkuasa tinggi.

"Insya-Allah kita juga akan dapat sokongan daripada kelab motosikal di Malaysia kerana teater ini dibuat juga sebagai penghargaan kepada mereka," ujarnya.

Teater yang diterbitkan MS Integrayed Sfn Bhd dan Califwork Studios ini mendapat sokongan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Tiket boleh didapati dengan harga RM45, RM65, RM95, RM124, RM155, RM185 dan RM305.

Ia mula dijual pada 12 Januari ini menerusi
www.AirAsiaRedtix.com
Bikers Kental , Istana Budaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain