suria

Isu Pasport, Imigresen Sangkal Tuduhan Zahnita

Zahnita Wilson
PETALING JAYA: Pasport Malaysia Antarabangsa untuk dua anak model Zahnita Wilson dikeluarkan mengikut peraturan selepas bapa kepada kanak-kanak itu melaporkan mengenai kehilangannya bersama laporan polis.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya mengeluarkan pasport gantian kepada Zahrafeena Abd. Zackery, 9, dan Zasharayna, 3, berdasarkan laporan suami Zahnita sendiri iaitu Abd Zackery Ghous selaku bapa kandung.

"Bapa kandung Zahrafeena  dan Zasharayna telah membuat laporan polis mengenai kehilangan pasport anaknya ketika pindah rumah di Balai Polis Bukit Jelutong pada 17 November 2015 beserta dokumen-dokumen diperlukan dalam proses permohonan pasport Malaysia Antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Mustafa Ibrahim

Terdahulu Zahnita atau nama sebnarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 30, bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Khamis telah membuat sidang media mengenai  pengeluaran dua Pasport Malaysia Antarabangsa anaknya.

Dalam sidang media itu Zahnita mempersoalkan kredibiliti Jabatan Imigresen kerana mengeluarkan dua pasport baharu anaknya sedangkan pasport asal belum tamat tempoh dalam simpanannya.

Zahnita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya bimbang mengenai keselamatan dua anaknya itu selepas bapa kanak-kanak berkenaan membawa mereka bercuti ke Thailand.

Mustafa berkata, selepas pasport baharu dikeluarkan, pasport lama telah dibatalkan di dalam sistem dan tidak boleh digunakan lagi.

Beliau menegaskan, pengeluaran pasport gantian kepada dua anak itu adalah mengikut prosedur yang ditetapkan selepas semua dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan gantian pasport adalah lenghkap dan teratur.
Zahnita, Imigresen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain