Neelofa Sangkal Dakwaan Jadi Isteri Ketiga Bekas Menteri - Hiburan | mStar

Neelofa Sangkal Dakwaan Jadi Isteri Ketiga Bekas Menteri

Neelofa belum terdesak untuk berkahwin.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa meyangkal dakwaan bahawa dia kini menjadi isteri ketiga kepada seorang bekas menteri.

Neelofa atau nama sebenarnya Nor Neelofa Mohd Noor, 26,  berkata, khabar angin yang tersebar itu adalah mengarut dan tidak benar sama sekali.

"Apa juga persepsi dan gosip tentang saya menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri adalah mengarut. Sangat mengarut sama sekali.

"Saya harap anda semua mendoakan yang terbaik untuk saya," ujarnya.

Neelofa berkata demikian menerusi laman sosial Instagramnya pada malam Khamis bagi menjelaskan khabar angin kini bergelar isteri ketiga seorang bekas menteri.

Sementara itu, Neelofa berkata, perkara berkaitan hal perkahwinan merupakan sesuatu yang besar dalam hidupnya dan perlu dikongsi kepada umum.

"Jika ia benar, tiada alasan kenapa saya tidak meraikan perkara ini dengan semua orang yang telah memberi sokongan dan menyayangi saya tanpa batasan," ujarnya.

Dalam pada itu, Neelofa menegaskan, pada usia ini, dia belum lagi terdesak untuk mendirikan rumah tangga.


Neelofa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Harga petrol, diesel naik!