suria

Jadi Duta Produk Buat Mia Ahmad Hidup Senang

Mia Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon Mia Ahmad mendedahkan menjadi duta kepada beberapa produk yang diwakili banyak membantu dia memiliki kehidupan yang lebih senang.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, sejak dikenali menerusi drama Hati Perempuan, hampir 10 produk telah menawarkannya menjadi duta, namun Mia lebih selektif berdasarkan testimoni daripada orang ramai.

"Alhamdulillah, banyak syarikat yang menawarkan saya untuk jadi duta produk mereka, tetapi saya pilih yang terbaik di mana saya akan mencubanya dahulu sebelum mewakili pihak mereka.

"Untuk tahun ini sahaja, saya menjadi duta kepada tiga jenis produk. Syukur, ini semua rezeki dan pada masa sama sedikit sebanyak telah menaikkan taraf kehidupan saya," katanya yang dihubungi mStar Online.

Mia bersama produk Pesona Ayu Skin Care.

Sepanjang tahun ini, Mia merupakan duta kepada produk tudung, Mumuscarve, pakaian iaitu Ashh&Annas serta produk kecantikan, Pesona Ayu Skin Care.

Sementara itu, kata Mia, walaupun dia hidup senang sebagai duta produk-produk berkenaan, dia masih lagi mengutamakan kerjaya lakonannya.

"Jadi duta produk tidak semestinya saya dah tak mahu berlakon. Lakonan adalah minat saya.

"Cuma apabila sibuk dengan promosi produk, jadual saya terlalu padat dan terpaksa menolak tawaran yang bercanggah tarikh dengan hari promosi.

"InsyaAllah saya akan ada lebih banyak masa untuk lakonan pada tahun depan," ujarnya.

Mengenai produk Pesona Ayu Skin Care, kata Mia, dia menerima tawaran menjadi duta produk terbabit selepas melihat keberkesanan ia mencerahkan kulit wajahnya.

"Sebelum menerima tawaran, saya akan cuba dulu dan ternya produk ini bagus kerana ia menyerikan wajah.

"Bukan itu sahaja, bagi orang yang ada masalah jerawat, ia tidak mudah tumbuh. Dan harganya tidak terlalu mahal. Hanya RM79 sahaja untuk satu set," tuturnya.

Mia Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Lain