suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Astro Sambung Kontrak Aznil Nawawi

PULAU PINANG: Pengacara Aznil Nawawi pada Sabtu mengumumkan berita baik apabila kontraknya bersama Astro disambung untuk suatu tempoh panjang.

Aznil, 53, membuat pengumuman itu dalam satu majlis bersama media di pusat penginapan Ren I Tang di sini pada Sabtu.

"Saya ingin memaklumlan berita baik bahawa kontrak saya disambung lagi oleh Astro tapi saya terpaksa merahsiakan tempohnya," kata Aznil yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke 53 tahun pada Jumaat lalu.

Majlis sambutan ulang tahun kelahiran Aznil yang ke-53.
Aznil ketika ini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Pengurusan Bakat 'On Air' stesen televisyen itu.

Beliau berperanan melatih bakat-bakat baru yang dilahirkan oleh stesen televisyen berkenaan.

Kontrak pertamanya bersama Astro selama 10 tahun tamat pada 30 September lalu.

Dalam pada itu Aznil berkata, salah satu kejayaannya ketika ini ialah sokongan daripada pihak media.

Terdahulu Aznil membawa sekumpulan wartawan hiburan ke Pulau Pinang selama tiga hari bermula Jumaat lalu untuk meraikan ulang tahun kelahirannya itu.
Aznil Nawawi, Astro

Artikel Berikut

Artikel Lain