suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tomok Patah Bahu Kiri Ketika Main Bola

Tomok kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur

PETALING JAYA: Penyanyi Tomok disahkan patah dibahagian bahu kiri ketika bermain bola sepak pada petang Jumaat.

Kakaknya, Ismaliza Ismail, 35 memberitahu,Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 31, kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Keadaan Tomok selepas terjatuh ketika bermian bola sepak.

"Tomok dibawa menaiki ambulan ke KPJ Shah Alam selepas terjatuh ketika bermain bola di sana, selepas itu dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

"Setakat ini selepas pemeriksaan xray, doktor mengesahkan bahu kirinya patah. Doktor juga ada beri pilihan untuk dia buat pembedahan atau tidak," ujarnya ketika dihubungi mStar Online

Sementara itu, Tomok menerusi laman Instgram memuat naik sekeping gambar x-ray dan menjelaskan keadaan kecederaan yang dialaminya.

Menurutnya, dia masih belum membuat keputusan sama ada untuk membuat pembedahan atau tidak.

"Nasib tidak baik semalam, tengah main bola padang, saya terjatuh dan landing bahu sebelah kiri dahulu. Panik juga la sebab bunyi prakkk... masa jatuh. Ambulans kemudian bawa saya ke hospital.


"Lepas x-ray doktor suruh saya buat pilihan sama ada buat operate atau tidak, entahlah tengah fikir lagi," tulisnya.

Artikel Lain