Bagaimanapun, Muhamad Riza, 32, mengakui ada memperkenalkan anaknya Muhammad Adrian Umar, (1 tahun), itu kepada kekasih baharunya.
"Sumpah dengan nama Allah saya tidak tinggal dengan mana-mana perempuan atau kekasih saya, sekarang saya tinggal bersama adik bongsu saya dan pembantu jurukamera.
"Saya faham keadaan Izreen dan tidak akan sakitkan hati ibu kepada anak saya. Saya juga tiada niat nak kenalkan kekasih baru kepada anak saya cuma ia berpunca daripada satu kejadian kecil. Saya malas besarkan isu ini, biarkan sahajalah," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.
Riza diminta mengulas tentang tuduhan pelakon Izreen, 30, di laman sosial Instagram miliknya yang berang apabila anak mereka dibelai oleh wanita yang dipercayai kekasih kepada bekas suaminya itu.
Izreen turut membalas komen peminatnya yang melahirkan kemarahannya itu yang memberi gambaran kononnya bekas suami tinggal bersama seorang wanita sebelum sah menjadi suami-isteri.
Sementara itu, Riza turut berkata, Izreen tidak pernah membenarkan dia membawa anak mereka bermalam di rumahnya sejak mereka berpisah.
"Penjagaan anak saya serah pada Izreen, saya akan berjumpa anak bila saya habis kerja awal sahaja. Nak tidur dengan anak memang Izreen tak bagi, jadi saya ikut sahaja kehendaknya untuk puaskan hati dia," ujar Riza.


