suria

Akim Ahmad & Stacy Dilaporkan Bertunang

Akim Ahmad dan Stacy sah bertunang pada Sabtu. Foto Ihsan OFFICIAL HLIVE

PETALING JAYA: Penyanyi Stacy sah bergelar tunang kepada vokalis kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad pada Sabtu.

Berita itu dilaporkan secara eksklusif oleh hLive menerusi laman Instagram rasmi program hiburan itu sebentar tadi.

Akim, 24, dalam kenyataannya mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan mereka.

"Syukur Alhamdulillah. Majlis pertunangan saya dan bakal isteri saya, Stacy Anam telah selamat berlangsung tadi, 26 September 2015.

"Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang," katanya.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan daripada pasangan itu gagal.

Menerusi gambar yang dimuat naik, turut kelihatan adalah ibu bapa kedua-dua pasangan tersebut.

Pertunangan tersebut juga menguatkan lagi desas-desus langkah Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, memeluk Islam sebagai persediaan awalnya untuk berkahwin dengan Akim.

Terdahulu, Stacy atau nama Islamnya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam memeluk  Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos lalu.

Selain ibu dan bapanya, semasa lafaz syahadah dilakukan Stacy turut ditemani ibu-bapa kepada tunangnya.


Stacy, Akim Ahmad.

Artikel Lain