suria

12 Penyanyi Sertai Konsert Jelajah 'Warner Music Road Tour 2015'

Awi Rafael

PETALING JAYA: Seramai 12 penyanyi naungan syarikat rakaman Warner Music Malaysia bakal mengadakan konsert mini jelajah di lapan buah lokasi bersempena dengan KKBox Presents: Warner Music Road Tour 2015.

Barisan artis yang terlibat seperti Awi Rafael, Ayai Illusi, Didi Astillah, Kaka Azraff, Aril, Payslip, Juzzthin, Faizul Sany, Fahmie Ismail, Raja Syahiran dan juga Azmir Arif.

Program ini merupakan kerjasama di antara pihak Warner dan KKBox, sebuah perkhidmatan langganan muzik digital.


Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy berkata, tujuan KKBOX dan Warner Music Malaysia mengadakan konsert mini tersebut adalah untuk merapatkan hubungan di antara penyanyi dan peminat selain memperkenalkan mengenai perkhidmatan langganan muzik berkenaan.

"Ia mewujudkan pengalaman muzik dalam talian kepada pengguna, dan untuk memberi peluang yang lebih luas kepada artis tempatan dan muzik mereka untuk pergi lebih jauh dalm teknologi perkhidmatan muzik seperti KKBox.

"Dalam pada itu, kami mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan single lagu baharu para artis kepada umum," katanya.

KKBox merupakan perkhidmatan langganan muzik yang terkemuka di Asia yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Taiwan.

KKBox Presents: Warner Music Road Tour 2015 akan memulakan siri jelajah bermula 19 September di Taiping Central Mall, Taiping, Perak diikuti di pusat membeli-belah Amanjaya, Sungai Petani, Kedah (20 September2015), Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan (27 September 2015) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor (4 Oktober 2015).

Empat lagi lokasi lain termasuklah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak (8 Oktober 2015), Danga City Mall, Johor (10 Oktober), Universiti Malaya, dekat sini (21 Oktober 2015) dan yang terakhir pada 25 Oktober 2015 di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak. 

Warner Music Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain