suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fara Fauzana Ketuai Bacaan Ikrar Hari Kemerdekaan

Fara Fauzana
PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dilantik sebagai ikon pembaca ikrar pada  perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini.

Pada sambutan itu, Fara akan mengetuai sesi pembacaan ikrar itu bersama dua ikon lain iaitu dari Sabah dan Sarawak.

"Perasaan saya gementar namun cukup teruja kerana diberi tanggungjawab besar ini. Secara jujurnya, dahulu saya cukup suka untuk membaca ikrar di perhimpunan sekolah dan apabila diberikan kepercayaan ini, seumpama bulan jatuh ke riba," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Bacaan ikrar tersebut dapat didengar secara langsung melalui saluran Hot FM seluruh negara pada 31 Ogos nanti.
Fara Fauzana

Artikel Lain