FFM 27: Langkah Nabil Zamanhuri Ceburi Bidang CGI Berhasil - Hiburan | mStar

FFM 27: Langkah Nabil Zamanhuri Ceburi Bidang CGI Berhasil

Nabil Zamanhuri

PETALING JAYA: Percubaan penyanyi Nabil Zamanhuri dalam bidang kesan khas (CGI) menerusi filem Terbaik Dari Langit membuahkan hasil apabila dicalonkan dalam kategori Kesan Khas Terbaik di Festival Filem Malaysia 27 (FFM 27).

Nabil, 28, berkata, dia baharu sahaja berjinak-jinak dalam bidang tersebut beberapa tahun lalu selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Filem Dan Animasi di Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

"Alhamdulillah, sejujurnya memang terkejut apabila nama saya dicalonkan dalam di anugerah berprestij FFM 27 bersama nama-nama hebat yang lain.

"Kalau nak diikutkan ini adalah projek besar pertama saya dengan syarikat sendiri iaitu Nabil Production, sebelum ini ada juga buat freelance tapi untuk projek kecil-kecil sahaja," ujarnya kepada mStar Online pada Isnin.

Menerusi kategori itu, Nabil akan bersaing dengan Bruce Lee Yong Loong (Kami Histeria), Mirege Works (Sevent), Weng Meng Hee (Hungry Ghost Ritual) dan Viper Studios (Abang Long Fadil).

FFM 27 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 5 September depan dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria pulul 8.30 malam.

Dalam pada itu, kata Nabil pencalonan tersebut juga memberi semangat kepadanya untuk terus aktif dalam industri perfileman tanah air.


"Proses tersebut memakan masa agak panjang iaitu enam hingga tujuh bulan dan dalam tempoh tersebut banyak juga cabaran yang terpaksa kami lalui terutamanya aspek kekurangan pekerja," ujarnya.

Selain itu, katanya, pembabitan dia dalam bidang animasi dan perfileman adalah untuk meluaskan cabang seni selain bidang nyanyian.

Dia uga masih aktif dalam bidang nyanyian dan baharu sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Beku.

"Saya terlibat dalam bidang ini bukan sebab saya ingin melupakan nyanyian. Ini adalah salah satu cabang seni yang saya minat dan saya belajar ketika di universiti.

"Kalau tumpu pada satu bidang sahaja akan membuatkan saya bosan. Saya baru sahaja lancar single baharu berjudul Beku," katanya. 


Nabil Zamanhuri , FFM 27

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penyanyi Stacy Akhirnya Peluk Islam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain