Mikrofon Ziana Zain 'Terbang' Gara-Gara Losyen - Hiburan | mStar

Mikrofon Ziana Zain 'Terbang' Gara-Gara Losyen

Foto Ziana Zain yang diambil daripada Instagram miliknya.

PETALING JAYA: Gara-gara losyen tangan, penyanyi Ziana Zain terpaksa menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya 'terbang' ketika membuat persembahan pada majlis kemuncak Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2015) yang berlangsung Ahad baru-baru ini.

Bagaimanapun Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, menyifatkan insiden yang tersebar dan menjadi viral di media sosial itu sebagai 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.

"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Sejak petang Isnin, video berdurasi 15 saat itu menunjukkan mikrofon yang dipegang Ziana terlepas ketika penyanyi itu mengakhiri persembahannya.

Bagaimanapun Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan 'That's it, Thank You!'.

Ketika itu, tetamu yang hadir terus berdiri dan bersorak di atas sikap profesional penyanyi itu.

Video tersebut menjadi bualan ramai di laman sosial dan ramai yang memuji sikap Ziana yang terbuka dan bersahaja walaupun berhadapan dengan situasi berkenaan.

Sementara itu Ziana berkata, sebagai seorang penyanyi, insiden seperti itu adalah perkara biasa yang dilalui oleh mana-mana individu di atas pentas termasuklah selebriti bertaraf antarabangsa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah turut memberi nasihat kepada penyanyi-penyanyi lain  supaya bertindak profesional dengan sebarang situasi di luar jangka.

"Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar. Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan," ujarnya.

Ziana Zain , KLFW2015

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain