suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolak Tawaran Drama, Akim Risau Diboikot Penerbit

Akim Ahmad
PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad risau diboikot pihak penerbit drama gara-gara sering menolak tawaran berlakon sejak akhir-akhir ini.

Akim, 24, berkata, penolakan itu disebabkan dia begitu sibuk untuk memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian bersama kumpulan The Magistrate.

"Sekarang ini saya memberi fokus penuh terhadap kerjaya muzik bersama The Magistrate sehinggakan terpaksa tolak tawaran berlakon.

"Tetapi itulah, saya risau kekerapan menolak tawaran berlakon membuatkan penerbit-penerbit pun dah serik dengan saya," katanya kepada mStar Online.

Beritahu Akim, dia dan kumpulannya bakal muncul dengan album terbaharu tidak lama lagi yang memuatkan tujuh buah lagu.

Antara judulnya ialah Patriot, Anugerah, Quicksand, Sisaku, Obses, Terlalu Mudah dan Mewangi.

"Alhamdulillah, Akim And The Magistrate bakal muncul dengan produk baharu. Kami menghasilkan lagu dengan penuh teliti agar setiap karya dapat diterima ramai.

"Bersama kumpulan ini memberikan banyak pengalaman buat diri saya dalam menjadi seorang yang lebih matang," ujarnya.
Akim Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain