suria

Persembahan Sempena Ramadan Bukti Ani Maiyuni Masih Ada "Job"

Ani Maiyuni akan membuat persembahan di Hotel Royal Kuala Lumpur bermula 18 Jun lalu hingga 15 Julai depan.

KUALA LUMPUR: Kehadiran Ramadan tahun ini merupakan peluang kedua buat penyanyi Ani Maiyuni menghiburkan orang ramai dalam majlis berbuka puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 36, berkata, peluang itu membuktikan artis-artis sepertinya yang dikatakan tiada “job” setiap kali hadirnya Ramadan adalah tanggapan yang salah.

"Sepanjang bulan Ramadan ini saya akan mengadakan persembahan di Hotel Royal Kuala Lumpur untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

"Sebenarnya ini merupakan tahun kedua saya mengadakan persembahan di Hotel Royal dan saya tidak berfikir panjang untuk bekerjasama dengan mereka kerana ia amat selesa. Ia membuktikan tanggapan orang yang kata artis kita ni takda tawaran kalau bulan Ramadan," katanya kepada mStar Online.

Ani ditemui pada majlis berbuka puasa Sajian Bonda, di Hotel Royale, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, di sini.


Ani Maiyuni dan Kelly Azman

Tambah Ani, dia akan cuba menghidupkan suasana santai dengan menyanyikan lagu-lagu tradisional Melayu dan juga ketuhanan.

Dalam pada itu Ani berkata, hotel Royal juga menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan lokasinya yang terletak di tengah bandar.

"Sambil berbuka, saya akan menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu irama Malaysia dan saya mahu berinteraksi bersama tetamu yang hadir.

“Hotel ini juga menawarkan harga yang sangat berpatutan dan menghidangkan lebih daripada 150 makanan berkonsepkan sajian bonda yang begitu lazat," katanya.

Sementara itu, menerusi majlis berbuka puasa Sajian Bonda, tetamu juga akan dihiburkan dengan celoteh pengacara Kelly Azman bermula 18 Jun ini hingga 15 Julai depan.

Persembahan akan diadakan setiap hari pada pukul 7.00 malam sehingga 9.30 malam.

Bayaran berbuka puasa di hotel ini ialah RM75 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak serta warga emas berusia 55 tahun ke atas.

Untuk tempahan berbuka puasa bersama selebriti di hotel berkenaan boleh hubungi talian 03-21486888 atau 016-5200575.
Ani Maiyuni

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain