Dayang (Ceria Popstar 3) Mahu Jadi Penyanyi Berilmu - Hiburan | mStar

Dayang (Ceria Popstar 3) Mahu Jadi Penyanyi Berilmu

Dayang bercita-cita untuk bergelar seorang jurutera.

KUALA LUMPUR: Juara program Ceria Popstar musim ketiga, Dayang berkata kejayaan memenangi pertandingan itu buka tiket untuknya untuk terus menjadi penyanyi tanpa perlu memikirkan pelajaran.

Dayang Izyan Zawanie Iraril, 15, berkata, walaupun meminati bidang nyanyian, dia juga mahu memberi fokus dalam akademik untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang jurutera.

"Kalau boleh saya mahu menjadi penyanyi yang berilmu dan pada masa sama ingin menjadi seorang jurutera.

"Apa-apapun dalam kesibukan menyanyi saya mahu fokus dalam pelajaran," katanya kepada mStar Online.

Dayang ditemui selepas program Ceria Popstar 3 yang disiarkan secara langsung dari Studio 1 Astro, Bukit Jalil di sini, Jumaat lalu.

Pemenang bersama trofi masing-masing.

Pada pertandingan itu, Dayang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, tempat kedua dimenangi oleh Zack (Zackiddin Zachry),13, membawa pulang wang tunai  RM15,000 dan trofi.

Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh Fikry (Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad) dan Vanessa (Vanessa Reynauld) dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 dan trofi. Peserta Adinda pula mendapat tempat kelima.

Sementara itu, Dayang berkata, dia tidak sangka memenangi gelaran juara memandangkan saingannya iaitu Zach, Fikri, Vanessa dan Adinda juga mempunyai vokal yang hebat.

"Sebelum ini saya sering tidak yakin dengan diri sendiri. Tetapi dalam pertandingan ini saya belajar sedikit demi sedikit mengikis sikap itu.

"Alhamdulillah, segala susah dan penat saya akhirnya membuahkan hasil. Saya harap bidang nyanyian tidak akan berhenti di sini saja," ujarnya.

Dayang , Ceria Pop Star.

Artikel Sebelum

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain