suria

Hafiz Hamidun Kembangkan Perniagaan Muzik Ke Luar Negara

Hafiz Hamidun

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun mengambil langkah besar memperluaskan empayar perniagaan syarikat rakamannya iaitu Arteffects Sdn Bhd di Kaherah, Mesir dan Berlin, Jerman.

Hafiz, 31, berkata, sudah tiba masanya untuk dia mengembangkan syarikatnya itu sebagai pengeluar produk muzik kerohanian secara antarabangsa memandangkan pasarannya cukup luas.

"Dari dahulu lagi sasaran saya bukan sekadar menjadi syarikat rakaman di negara sendiri sahaja tetapi juga di peringkat antarabangsa.

"Buat permulaan, ia akan berpangkalan di kaherah bagi memberi tumpuan kepada rakaman dan pengedaran ke Dubai, Turki, Qatar, Bahrain dan Oman manakala di Berlin pula tumpuan lebih ke pasaran Eropah," katanya.

Tambah Hafiz, keberaniannya yang ingin memasuki pasaran antarabangsa bermula apabila melihatkan sebuah syarikat rakaman yang mengeluarkan produk muzik kerohanian iaitu Awakening Records berjaya memecah pasaran muzik dunia.

"Saya lihat cara Awakening membangunkan perniagaan mereka di mana mereka  mempunyai penyanyi-penyanyi yang sukses seerti Maher Zain dan Raef.

"Lebih-lebih lagi mereka melihat Malaysia merupakan pasaran muzik yang senang masuk memandangkan masyarakat Malaysia terima apa-apa saja muzik dari luar negara," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia turut merancang untuk menerbitkan album beberapa bakat baharu iaitu Mostafa Atef, dari Mesir, Issam Bayan (Jerman) serta seorang lagi dari Singapura.

Hafiz Hamidun

Artikel Lain