suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RJ Anggap Keterlaluan Dituduh Suka 'Menempel'

RJ yang sebelum ini dipanggil Rapper Jambang mahu dikenali pula sebagai Rakyat Jelata.
PETALING JAYA: Penyanyi rap, RJ menolak dakwaan yang mengatakan dia ‘rapper tempelan’ kerana memilih untuk meraih populariti dengan melakukan kolaborasi bersama artis-artis popular.

RJ atau nama sebenarnya, Mohd Helmy Hamdan, 31, berkata, tuduhan tersebut agak keterlaluan kerana kolaborasi yang dijalankan selama ini merupakan atas permintaan sesebuah syarikat rakaman.

"Sebenarnya saya tidak meminta untuk melakukan kolaborasi dengan mana-mana artis, lagi pun saya masih bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di syarikat rakaman Monkey Bone.

"Tuduhan sebegitu agak keterlaluan seolah-olah saya cuba mencari publisiti murahan kerana semua kolaborasi itu ditawarkan kepada saya dan bukannya saya yang minta,” katanya kepada mStar Online.

Kolaborasi RJ (kanan) dan Black Hanafiah menerusi lagu Teman Pengganti menaikkan populariti mereka.

Selain itu, RJ menyifatkan kerjaya nyanyiannya menerusi kolaborasi itu merupakan rezeki sampingan yang diterimanya sejak kebalakangan ini.

"Secara ringkasnya, kolaborasi ini adalah rezeki saya sedangkan mereka boleh memilih mana-mana rapper lain untuk bekerjasama kerana itu hak mereka.

“Alhamdulillah saya diberi kepercayaan oleh sesetengah pihak untuk menjalankan kerjasama bagi melakukan kolaborasi  dengan mana-mana artis yang memerlukan,” katanya yang mahu dikenali sebagai Rakyat Jelata berbanding Rappers Jambang sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, RJ kini tampil berkolaborasi dalam lagu Hero Untukmu nyanyian Fattah Amin dan Sherry Ibrahim.

Dia juga turut bekerjasama dengan beberapa artis lain seperti Raja Ema (Warna Hatiku) Black (Si Putih Si Merah), Tasha Manshahar  (Terima Kasih Cinta), Sofaz (Hashtag Peristiwa), Awie (Formula Popular) dan Ezad Lazim (Hati Mati).

Mengenai Era FM yang menolak lagu Hati Mati versi kolaborasinya RJ berkata, ia bukan satu isu apabila stesen itu meminta syarikat rakaman Ezad menghasilkan lagu baru tanpa suaranya.

Ini kerana stesen radio lain masih memutarkan lagu asal kolaborasi mereka berdua.
RJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain