AJK Gagal Beri Komitmen Punca Seniman Tidak Terurus - Zed Zaidi - Hiburan | mStar

AJK Gagal Beri Komitmen Punca Seniman Tidak Terurus - Zed Zaidi

Zed Zaidi
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata kegagalan segelintir ahli jawatankuasa untuk memberi komitmen terhadap persatuan itu antara punca Seniman dilihat tidak terurus.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 35, berkata, masalah itu mungkin disebabkan pekerjaan berkenaan adalah aktiviti sukarela tanpa dibayar upah ataupun gaji.

"Ini merupakan cabaran yang harus dihadapi sebagai pemimpin kerana kerja ini dilakukan secara sukarela jadi kita tidak boleh memaksa orang lain untuk melakukan kerja kebajikan.

"Lagipun buat kerja macam ini bukan ada gaji kalau ada gaji mungkin boleh mendapat komitmen sepenuhnya daripada segelintir ahli jawatan kuasa,” katanya kepada mStar Online.

Zed berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenai pelbagai konflik yang dihadapi oleh persatuan Seniman sejak pentadbiranya.

Ia termasuk perlucutan jawatan bendahari persatuan itu, Vanidah Imran selepas isu melarikan buku cek dan juga peletakan jawatan setiausaha yang juga penasihat undang-undang persatuan, Zahrin Ishak.

Zed berkata, jika sesorang itu sukar untuk memberi komitmen terhadap persatuan, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menerima keputusan yang dibuat untuk keluar daripada mengganggotai jawatankuasa Seniman.

Dalam pada itu, Zed berkata peletakan jawatan  Zahrin Ishak merupakan keputusan yang dilakukan hasil persetujuan ahli jawatankuasa.

"Surat peletakan jawatan telah dihantar sejak Februari lalu oleh Zahrin dan pihak jawatan kuasa telah memutuskan serta menerima peletakan jawatan itu hasil perbincangan yang dilakukan.

"Memang tidak ada konflik dalaman denganya dan kandungan dalam surat tersebut cuma menyatakan bahawa dia tidak dapat memberi komitmen dan ingin memberikan perhatian penuh terhadap perniagaan serta keluarga," katanya.
Zed Zaidi , Seniman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain