suria

Awal Ashaari Terpaksa Naik Teksi, Mahu Cari Pemandu

Awal Ashaari guna perkhidmatan teksi buat sementara.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang terlibat dalam kemalangan pada 29 Mac lalu akan mencari pemandu peribadi dalam masa terdekat kerana kondusi kesihatannya masih belum stabil.

Awal, 34, berkata, dia dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya tidak memandu kenderaan buat sementara waktu sehinggalah kesihatan dia sembuh sepenuhnya.

"Saya mungkin akan mencari pemandu dalam masa terdekat supaya mudah untuk saya bergerak kemana-mana dan tidak menganggu sesiapa terutama isteri saya yang sibuk bekerja.

"Buat masa sekarang doktor menasihatkan saya supaya tidak memandu dan saya masih mencari-cari pemandu yang sesuai bagi membantu saya bergerak membuat rawatan susulan," katanya kepada mStar Online.

Awal mengadakan majlis kenduri doa selamat pada Ahad.


Awal yang mengadakan Majlis Kesyukuran di Marhaba Restaurant, Publika, di sini, pada Ahad turut memaklumkan dia sering menggunakan perkhidmatan teksi jika isterinya menjalani pengambaran drama.

Tambahnya, pemandu yang dicari ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja sehinggalah kesihatannya benar-benar pulih dan juga berharap trauma kemalangan tersebut berkurangan.

"Banyak kali juga saya menggunakan perkhidmatan teksi sekarang ini sehingga mereka sudah kenal saya dan bertanya keadaan saya selepas kemalangan.

"Kadang-kadang saya kesian dengan isteri kerana dia pun ada komitmen lain dan saya memerlukan pemandu namun hanya sementara sahaja tidaklah berterusan.

Awal berkata dia kini berehat seketika dalam melibatkan aktiviti seni dan mungkin akan menggalas tanggunjawab mengecara program Melodi sahaja.

"Semua tawaran saya terpaksa tolak tetapi mungkin rancangan Melodi yang akan saya terima kerana Sri Pentas berdekatan dengan rumah saya dan rancangan secara langsung itu hanya satu jam sahaja," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ahli keluarga, rakan artis seperti Dynaz Mokhtar, Lisa Surihani dan Yusri Abdul Halim.

Majlis kesyukuran yang diadakan selepas Awal terselamat dari kemalangan ini turut dihadiri oleh anak-anak Tahfiz Al-Mustaqim, Paya Jaras, Sel;angor.

Dalam kemalangan yang berlaku, kereta yang dinaiki  Awal  dan dipandu rakannya rosak terus akibat terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan.

Kemalangan itu berlaku ketika Awal yang menumpang kereta rakannya itu dalam perjalanan bagi mengacarakan rancangan Melodi.

Awal Ashaari

Artikel Lain