suria

Puteri Sarah Liyana Muncul Drama Pertama Selepas Berkahwin

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana bakal tampil dengan drama pertama lakonannya selepas berkahwin dengan Syamsul Yusof pada Mac tahun lalu iaitu Cinta Berkalung Duri 2.

Drama yang mula mendapat perhatian ramai sekitar 2012 bakal mengisi slot Selekta Prima bermula 26 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 9 malam di TV2.

Selain Puteri Sarah, drama ini turut menampilkan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Aiman Hakim Ridza, Norseha, Fauziah Nawi, Syed Aiman, dan Farah Nadia.

Drama ini mengisahkan mengenai Wani (Puteri Sarah) yang terpaksa melalui dugaan hidup apabila berkahwin dengan Rustam sehinggalah lelaki itu mengalami koma selama lima bulan.

Wani rasa bersalah terhadap kejadian menimpa Rustam dan berjanji untuk terus menjadi ibu tiri yang baik kepada anak-anak Rustam.

Puteri Sarah Liyana.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain