suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sering Gagal Buat Farahdhiya Takut Bercinta

Farahdhiya mengakui belum temui pengganti.

KUALA LUMPUR: Pelakon Farahdhiya memberitahu masih belum mempunyai teman lelaki istimewa selepas kegagalan dalam percintaan pada dua tahun lalu.

Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 30 berkata, dia masih takut untuk bercinta berikutan sukar mempercayai lelaki selepas dua kali putus cinta.

"Saya mengakui bahawa sudah dua tahun tidak bercinta selepas pengalaman dua kali percintaan dahulu gagal membuatkan saya berasa lebih berhati-hati untuk mendekati lelaki apatah lagi untuk bercinta.

"Semua ini terjadi bersebab dan apa yang berlaku itu adalah kenangan yang membuatkan saya susah untuk jatuh cinta" ujarnya kepada mStar Online.

Farahdhiya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton Drama bersiri 'Super Game Boy' di Golden Screen Cinemas (GSC), The Gardens, di sini, Selasa.

Drama bersiri 'Super Game Boy' bakal disiarkan setiap Sabtu, pukul 11.00 pagi, bermula 21 Mac ini menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Maya HD (135).

Farahdhiya bakal muncul dalam drama bersiri Super Game Boy.

Sementara itu, Farahdhiya berkata, fokusnya terhadap kerjaya lakonan membataskan dia untuk mengenali mana-mana lelaki.

"Dua tahun lepas saya sibuk dengan lakonan dan tahun ini saya banyak memberi ruang kepada diri sendiri untuk berehat," ujarnya. 

Dalam pada itu, Farahdhiya turut memberitahu, dia enggan berkongsi terlalu banyak tentang kehidupan peribadi terutama berkaitan kekasih kepada umum.

Katanya, ia berikutan tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan yang belum pasti diakhiri dengan perkahwinan.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam bidang nyanyian, katanya, dia masih aktif dan kini sibuk mempromosi single terbaharu berjudul Ku Tak Rela

Farahdhiya

Artikel Lain