suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Artis Indonesia Meriahkan Minggu Setiausaha

Judika antara tiga penyanyi Indonesia yang bakal memeriahkan Minggu Setiausaha di Kuala Lumpur April ini.

KUALA LUMPUR: Tiga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Judika, Cakra Khan, dan Marcell bakal berkongsi pentas menerusi persembahan istemewa bersempena minggu setiausaha di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 1 April ini.

Publisis, Bill Bora, berkata pemilihan ketiga-tiga artis ini dilakukan kerana mereka mempunyai ramai peminat dan penyokong di Malaysia menerusi lagu Aku Yang Tersakiti, Harus Terpisah, dan Semusim.

"Pemilihan mereka berdasarkan populariti di Malaysia. Kita nak beri peluang kepada peminat di Malaysia datang menyaksikan persembahan dan beramah mesra bersama artis kesayangan mereka," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Selain itu Bill berkata, majlis tersebut akan turut dimeriahkan dengan penampilan beberapa pelakon terkenal antaranya Kamal Adli, Hisyam Hamid dan Syarul Ridzwan.

"Tetamu yang hadir berpeluang untuk terlibat dalam acara permainan bersama kumpulan artis itu nanti," katanya.

Sementara itu, Bill berkata pada majlis tersebut, penganjur akan mengadakan penjualan novel bertajuk Mutiara Hatiku Rafflesia yang memenangi anugerah novel terbaik pada 2014 oleh Anugerah Buku Negara.

Acara yang bakal diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur itu akan dikendalikan oleh pelakon Fathia Latiff.

Tiket untuk menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM300, RM450, RM600 dan RM1000 bermula pada 25 Februari lalu.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket boleh menghubungi 03-21419988.

Artikel Lain