suria

'Beri Tasha Shilla Masa Jelaskan Status Hubungan' - Hans Wong

Hans dan Tasha kali terakhir muncul bersama dihadapan media pada 12 Februari lalu ketika sidang media penjelasan aktres itu berhubung isu 'escort girl'.

PETALING JAYA: Teman lelaki kepada aktres Tasha Shilla iaitu Hans Wong meminta pihak media bertanya sendiri kepada wanita berkenaan berhubung isu kononnya hubungan cinta mereka telah berakhir.

Hans, 25, berkata, dia tidak mahu membuka mulut tentang hal peribadi mereka kepada umum kerana dia bukan seorang selebriti.

"Saya tidak ada apa mahu komen mengenai perkara itu. Lebih baik tanya Tasha sendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Terdahulu, pasangan berkenaan yang menjalinkan percintaan sejak 2013 dilaporkan sudah berpisah dan ia dikatakan berpunca daripada perbezaan agama.

Pasangan ini dikatakan sudah berpisah.

Dalam pada itu, Hans meminta agar pihak media memberi masa kepada Tasha untuk menjelaskan perkara tersebut.

"Biarlah dia bertenang dahulu. Mungkin jika dia sudah bersedia, dia akan menjelaskan kepada pihak media.

"Maafkan saya kerana tidak dapat mengulas apa-apa mengenainya," katanya.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan respon daripada Tasha sejak beberapa hari lalu gagal apabila aktres itu tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej yang dikirim kepadanya.

Menerusi pemerhatian mStar Online, Tasha telah memadam gambar-gambar bersama lelaki itu di laman Instagram miliknya.
Tasha Shilla, Hans Wong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain