suria

Zizan Razak Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2014

Antara artis yang hadir pada pengumuman To 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3014.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Zizan Razak menerima pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014).

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31, tersenarai bagi empat kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.

Manakala menerusi kategori dalam talian, Zizan dicalonkan bagi kategori Artis Lelaki Stailo.

Pengumuman lima finalis akhir ABPBH 2014 diadakan di Hotel Royale Chulan di sini pada Selasa.

Zizan Razak

ABPBH 2014 akan diadakan pada 5 April depan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang dan akan bersiaran menerusi TV3.

Dalam pada itu, Zul Ariffin menerima tiga pencalonan iaitu bagi Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Lelaki Stailo dan Gandingan Serasi Di Layar bersama Ayda Jebat.

Manakala sembilan orang artis lain menerima dua pencalonan iaitu Aaron Aziz (Pelakon Filem Lelaki Popular/Pelakon TV Lelaki Popular), Adi Putra ( Pelakon Filem Lelaki Popular/ Pelakon TV Lelaki Popular), Neelofa (Pengacara TV Wanita Popular/Artis Wanita Stailo), Sharnaaz Ahamad ( Pelakon TV Lelaki Popular/ Artis Paling Kantroversi) dan Ayda Jebat (Artis Baharu Wanita Popular/Gandingan Serasi Di Layar).

Turut tersenarai, Akim Ahmad (Penyanyi Lelaki Popular/Artis Duo Berkumpulan Popular), Atikah Suhaime (Pelakon TV Wanita Popular/Pelakon Filem Wanita Popular), Siti Saleha (Pelakon TV Wanita Popular/Pelakon Filem Wanita Popular) dan Jihan Musa (Pengacara TV Wanita Popular/ Pelakon Komedia Wania Popular).

Sementara itu, ABPBH turut menampilkan nama-nama baharu yang berjaya menjadi lima calon terbaik seperti Amar Baharin (Pelakon TV Lelaki Popular), Puteri Balqis (Artis Baharu Wanita Popular), Heliza Helmi (Pengacara TV Wanita Popular), Asfan (Penyanyi Lelaki Popular) dan Ifa Raziah (Artis Komedi Wanita Popular).

Bagi kategori Penyanyi Wanita Popular terdiri daripada Adira, Alyah, Dayang Nurfaizah, Fyn Jamal dan Stacy.

Manakala Penyanyi Lelaki Popular terdiri daripada Aizat Amdan, Akim, Asfan, Hafiz dan Hazama.

Hazama
Hazama dicalonkan untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Nama-nama lain yang turut dicalonkan ialah Datuk AC Mizal (Pengacara Lelaki Popular), Shaheizy Sam (Pelakon Filem Lelaki Popular), Syarul Ridzwan (Artis Baharu Lelaki Popular), Azheal ( Artis Duo/Berkumpulan Popular), Didie Alias (Pelakon Komedi Wanita Popular) dan Adibah Noor (Penyampai Radio Wanita Popular).

Tema ABPBH 2014 ialah 'Cinta'.

Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka bermula 18 Februari hingga 25 Mac depan untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori sekali gus memilih Bintang Paling Popular 2014.

Berikut adalah senarai penuh lima finalis untuk ABPBH2014:

1. Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2. Artis Baharu Wanita Popular

Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3. Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak 

4. Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Al-Yahya

5. Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6. Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy 

7. Artis Duo / Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8. Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9. Pelakon TV Wanita Popular
Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10. Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11. Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12. Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep (Sepahtu)
Shuib (Sepahtu)
Zizan Razak 

13. Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14. Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15. Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)

Kategori Online Finalis ABPBH 2014:

1. Personaliti Popular
Bossned
Faiz Dickie
Felicia Yeap
Mat Lutfi
Wak Doyok

2. Artis Paling Kontroversi
Hanez Suraya
Nabila Huda
Nora Danish
Rozita Che Wan
Sharnaaz Ahmad

3. Pasangan Selebriti Romantis
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Johan dan Ozlyn Wati
Lisa Surihani dan Yusry
Mizz Nina dan Noh Salleh
Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

4. Artis Lelaki Stailo
Keith Foo
Nazim Othman
Shukri Yahya
Zizan Razak
Zul Ariffin

5. Artis Wanita Stailo
Datuk Siti Nurhaliza
Emma Maembong
Fazura
Neelofa
Nora Danish

6. Gandingan Serasi Di Layar
Adi Putra dan Zara Zya
Amar Baharin dan Izreen Azminda
Atikah Suhaimie dan Syafiq Kyle
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Zul Ariffin dan Ayda Jebat

ABPBH 2014, Zizan Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain