suria

Chef Wan Jalani Rawatan Bronkitis Di Bilik RM3,800

Chef Wan

PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Wan ditahan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang dekat sini akibat mengidap penyakit bronkitis iaitu radang pada salur bronkus dalam paru-paru.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 57, menerusi status Instagram miliknya pada Khamis turut berkongsi kisahnya mengalami batul-batuk sejak pulang dari Langkawi beberapa hari lalu sehingga menyebabkan beliau terpaksa mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan.

Keadaan Chef Wan. Gambar dari Instagram Serina.

Dalam status Instagram miliknya juga Chef Wan turut memuat niak gambar wad tempat beliau dirawat iaitu Presidential Suit yang harganya RM3,800 untuk satu malam.

Wad berkanan yang suasananya umpama hotel mewah turut mempunyai dua peti sejuk, tiga peti televisyen, ruang tamu dan juga seorang pembantu.

”Saya diberitahu keseluruhan (harga) RM3,800 semalaman. Semasa diberitahu, saya macam nak jatuh pitam terus. Tapi untungnya AIA insuran akan menanggung semuanya,” kata beliau.

Chef Wan berkata, bukan hanya semasa percutian beliau perlu tidur di hotel mewah bertaraf lima bintang tetapi jika dilanda sakit juga, perlu berada di tempat selesa.

Inilah keadaan wad yang harga keseluruhannya ialah RM3,800 untuk satu malam.

Beliau juga menasihati pengikut Instagram miliknya agar tidak kedekut untuk membeli insuran perubatan sebagai jaminan terhadap rawatan kesihatan.

Gambar beliau di hospital berkenaan turut dikongsi oleh anaknya Serina dengan kapsyen mendoakan agar Chef Wan cepat sihat selain bersedih kerana doktor tidak membenarkan tetamu datang melawat.
Chef Wan

Artikel Lain