suria

Empat Filem Pendek Malaysia Finalis 'Festival Tropfest South East Asia'

Antara finalis yang akan beradu nasib dalam pertandingan filem pendek Tropfest South East Asia yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 1 Februari depan.

PETALING JAYA: Empat buah filem Malaysia layak dipertandingkan pada peringkat akhir festival filem pendek Tropfest South East Asia (SEA), yang akan berlangsung pada 1 Februari depan.

Ia akan diadakan di Esplanade Pulau Pinang bermula pukul 8 malam.

Malaysia akan bertanding bersama 12 filem lain membabitkan karya-karya dari Kemboja, Singapura, Filipina dan Vietnam.

Tropfest South East Asia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, antara pencalonan dari Malaysia ialah Emm’s Birthday, Tank, All That Could Have Been dan Wheel Rooling Home.

Juara akan mendapat wang tunai AS$12,000 (RM42,720) tajaan Yayasan Sime Darby serta lawatan ke Los Angeles sumbangan Motion Picture Association.

Setiap peserta akhir turut mendapat wang tunai AS$500 (RM1,780).

Christopher Doyle adalah pakar sinematografi.

Antara hakim yang bakal mengadili acara kemuncak itu ialah pakar sinematografi, Christopher Doyle yang dikenali menerusi filem seperti In the Mood for Love (2000), Paris Je T’Aime (2006) dan  2046 (2004).

Doyle telah melibatkan diri dalam bidang berkenaan lebih 30 tahun.

Dalam pada itu sebelum malam kemuncak berlangsung, Tropfest SEA akan menganjurkan acara berkaitan filem, termasuklah tayangan filem pendek selama dua malam pada 28 dan 29 Januari ini di Hin Bus Depot Art Centre, Pulau Pinang.

Ia akan bermula pukul 6 petang hingga 11 malam.

Pada 31 Januari pula, forum filem Tropfest  akan diadakan di Hotel Jen dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Program tersebut turut membabitkan kelas pakar sinematografi khas selama dua jam anjuran Doyle dan juga beberapa penceramah lain.

Maklumat berkaitan penganjuran acara ini boleh diikuti dengan melayari http://tropfest.com/sea atau http://facebook.com/tropfestsea
Filem Pendek, Tropfest

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain