suria

Konsert Slash Di Malaysia 14 Februari Depan

PETALING JAYA: Bekas pemain gitar utama kumpulan rock legenda Guns N’ Roses iaitu Slash bakal menemui peminat muzik di neagra ini dalam satu persembahan khas pada 14 Februari depan.

Slash atau nama sebenarnya Saul Hudson, akan mengadakan persembahan di Sunway Lagoon di sini dalam acara dikenali sebagai Slash World On Fire Featuring Myles Kennedy and The Conspirators Live In Malaysia 2015. 

Ia dianjurkan oleh Galaxy Group yang  pernah menganjurkan kosnert Metallica tahun lalu.

Persembahan berkenan merupakan acara eksklusif Slash bersama Myles Kennedy and The Conspirators di Asia Tenggara sebagai mempromosikan album mereka iaitu World On Fire.

Semasa bersama Guns N’ Roses, Slash antara penyumbang kepada kejayaan kumpulan itu sehingga album mereak pada era 1980-an dan 1990-an telah terjual melebihi 100 juta unit seluruh dunia.

Selepas meninggalkan band berkenaan, Slash meneneruskan legasinya dengan projek-projek peribadi lain.

Kini dia bersama Myles Kenneddy.

Konsert bagi menyaksikan persembahan Slash di negara ini dijual dengan harga RM348, RM278 dan RM168.

Ia boleh didapati di kaunter tiket Galaxy bertempat di pusat beli belah Mid Valley dan Plaza Sungei Wang.

Pembelian boleh dilakukan juga menerusi www.buytickets.com.my

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-2282-2020.

 

 

Slash

Artikel Berikut

Artikel Lain