suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Selebriti Cilik Jayakan Muzikal Anak Dunia

PETALING JAYA: Seramai enam orang artis cilik bakal menjayakan program Muzikal Anak Dunia Khas Hari Natal yang akan bersiaran pada 26 Disember ini, pukul 4 petang di TV2.

Enam selebriti cilik dengan pelbagai bakat itu terdiri daripada Aqeesh Aleeya, Jesslyn Ng, Sheikh Baseer, Janelle, Flava Skoutz, Tharrani dan Hazury.

Penerbit Unit Majalah dan Dokumentari RTM, Farah Syahnaz berkata,  rancangan muzikal kanak-kanak ini memilih tema persahabatan dengan menggabungkan dua elemen persembahan iaitu nyanyian dan tarian akan bersiaran selama sejam.

"Apa yang menarik ialah ia menyelitkan suatu pengisian berbeza iaitu pengertian persahabatan disampaikan dengan santai melalui garapan persembahan nyanyian dan tarian selain menonjolkan bakat kanak-kanak dari pelbagai kaum yang ada di Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, kumpulan lawak terkenal Saywho yang dianggotai oleh Eko, Bocil dan Vicha turut tampil dalam satu segmen bagi memeriahkan lagi suasana.

Rancangan ini dihoskan oleh Nadia Hasnan bersama dua hos baharu iaitu Aryan Farhan dan Syasya.

tv2, Muzikal Anak Dunia

Artikel Lain