suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alif Satar Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Alif sah bergelar suami Sha Dila dengan sekali lafaz.
KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Alif Satar akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, di sini pada Isnin.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood kira-kira pukul 11.40 pagi.

Sha Dila diwalikan oleh bapanya Halid Mohamad.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 20 September ini di Marina Putrajaya.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 24, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM19,000.


Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah telekung, cincin, mas kawin, sirih junjung dan kek.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah cincin, jam tangan, sirih junjung, baju kemeja, minyak wangi, kek dan coklat.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada 20 September ini di Marina, Putrajaya.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 14 Januari lalu.
Alif Satar, Sha Dila

Artikel Sebelum

Fathia Masih Mahu Berlakon

Artikel Lain