suria

Jais Terima Tiga Dokumen Sokongan Nikah Ramli MS & Alyah

Ramli MS hadir ke pejabat Jais tanpa ditemani Alyah untuk menyerahkan dokumen pengesahan nikah mereka di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.
PETALING JAYA: Pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa miliknya dan isteri, penyanyi Alyah selepas diminta hadir ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Selasa.

Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh turut menyerahkan buku nikahnya bagi membolehkan agensi penguatkuasa agama itu menjalankan siasatan lanjut.

"Ramli menyerahkan tiga dokumen seperti mana diminta oleh pihak Jais dan setakat ini pihak kami berpuas hati dengan semua dokumen yang diserahkan," katanya kepada mStar Online menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Perkahwinan Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.

Ramli hadir ke pejabat Jais kira-kira pukul 3 petang namun tidak ditemani isterinya.

Ahmad Zahirin memberitahu pasangan itu bernikah pada 18 Mac 2013.

Dalam pada itu, Ahmad Zaharin berkata, Ramli turut diminta menyerahkan bukti tambahan iaitu sokongan daripada kedutaan Indonesia mengenai pernikahan mereka untuk melengkapkan siastan.

Jelasnya lagi, pihaknya juga berpuas hati dengan keterangan diberikan oleh Ramli yang memberikan kerjasama baik berhubung kes berkenaan.

"Siasatan berjalan lancar dan pihak kami berpuas hati dengan keterangan dan kerjasama diberikan beliau," katanya.
Ramli MS, ALyah

Artikel Sebelum

Ani Maiyuni Belum Sedia Bersara

Artikel Berikut

Artikel Lain