suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang

Foto Alyph dan Azzah mendapat kritikan gara-gara wanita itu memegang lengan Alyph.

PETALING JAYA: Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27, mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya.

Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling.

"Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen.

"Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin.

Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan.

Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah.

Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan.

"Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai.

"Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar," tuturnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan.

Alyph Sleeq

Artikel Lain