suria

Enam Peserta Skool Of Lawak Mara Ke Final

Peserta Skool of Lawak yang layak ke final.
KUALA LUMPUR: Seramai enam peserta diumumkan berjaya mara ke peringkat akhir pada program Skool of Lawak yang diadakan secara langsung dari Studio Satu, Astro, Bukit Jalil di sini pada malam Jumaat.

Enam peserta tersebut iaitu Azmi, Fiza, Mael, Zam, Yus dan One sekali gus berjaya mengalahkan tiga peserta lain iaitu Kecik, Ain dan Chot yang disingkirkan pada malam itu.

Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Jep (Sepahtu) dan Johan (Raja Lawak).

Panel penilai Datuk Rosyam Nor berkata, dia cukup berpuas hati dengan kesemua peserta walaupun tiga daripadanya tersingkir.

"Pada peringkat ini kesemua peserta menunjukkan peningkatan dalam persembahan masing-masing.

"Jadi saya mahu saksikan persembahan yang luar biasa pada peringkat akhir pada minggu depan," katanya selepas pengumuman penyingkiran program tersebut.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada panel penilai  Prof Razak Mohaideen, Mamat Khalid termasuklah Rosyam manakala 30 peratus daripada undian penonton.

Sembilan peserta tersebut beraksi di pentas separuh akhir selepas tujuh minggu bersaing dengan 33 peserta lain untuk merebut tempat ke gelanggang akhir program realiti komedi Skool of Lawak.

Pada peringkat separuh akhir itu menyaksikan para peserta  diuji dengan tema yang lebih mencabar iaitu Stand Up  dan Silent Comedy.

Cabaran Stand Up dan Silent Comedy memberi peluang kepada para peserta untuk membuktikan kemampuan mereka bermain dengan set dan penggunaan pentas.

Skool of Lawak yang dihoskan oleh Jep  dan Johan, disiarkan setiap hari Jumaat bermula pukul 10 malam, secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Skool of Lawak, Astro

Artikel Lain