suria

Bella Dally Buat Keputusan Berhijab

Bella (tengah) bersama rakan-rakan artisnya, Nellydia dan Uqasha.

PETALING JAYA: Pelakon Bella Dally mengaku membuat keputusan untuk berhijab sejak Selasa lalu dan langkah itu diharap tidak menyekat rezekinya dalam bidang lakonan.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 24, berkata, dia sendiri tidak menyangka melakukan perubahan itu kerana dia merasakan mungkin berhijab selepas mendirikan rumah tangga.

"Sejujurnya, saya tidak ada apa-apa mimpi pun atau kisah di sebalik penghijrahan ini.

"Tiba-tiba saja saya rasa seperti ingin bertudung dan saya juga tidak sangka akan 'berhijrah' secepat ini.

"Cuma apa yang saya lakukan, sebelum bertudung saya mula memperkukuhkan amalan solat saya serta mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Alhamdulillah keluarga dan peminat turut menyokong dengan perubahan ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.


srwq3

Bella Dally ingin perubahan imej dilakukan sedikit demi sedikit.

Tambah Bella, dia juga tidak risau dengan peluang yang datang dalam kerjaya lakonan selepas perubahan imejnya itu kerana baginya, rezeki ada di mana-mana.

Dalam pada itu Bella berkata, dia juga sedang memikirkan konsep penampilan atau imej yang ingin ditonjolkan kepada umum dengan melihat gaya berfesyen selebriti-selebriti bertudung luar negara.

"Buat masa ini saya cuma padankan baju-baju yang saya ada dengan gaya yang lebih sopan.

"Apa-apa pun saya akan melakukan perubahan ini secara berperingkat," ujarnya.

Ditanya adakah perubahan yang dilalukan itu adalah disebabkan perpisahannya dengan  aktor Nazim Othman, kata Bella: "Siapa kata saya dan dia (Nazim) sudah berpisah? Dia menyokong apa saja yang saya lakukan."

Artikel Lain