suria

Rakaman Kemalangan Kereta Paul Walker Tersebar

Paul Walker
Paul Walker
Paul Walker

LOS ANGELES : Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian kemalangan membabitkan bintang Hollywood, Paul Walker mula tersebar di Internet.

Daily Mail melaporkan, seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata kenderaan jenis Porsche itu dipandu laju sebelum berlakunya kemalangan sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran yang dengan begitu pantas.

Rakaman CCTV juga merakamkan asap hitam berkepul-kepul di udara sebaik kemalangan terjadi sehingga turut menampakkan ledakan seperti bola api ke angkasa.

Dalam kejadian Sabtu lalu, bintang filem itu berasama temannya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat.

Kenderaan yang dinaiki mereka dikatakan melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan ia meletup.

Rakaman YouTube mengenai kejadian itu boleh dikuti menerusi http://www.youtube.com/watch?v=O-v3M5Cdafc.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain