suria

George Clooney Puji Sandra Bullock Pelakon Terbaik

George Clooney dan Sandra Bullock
George Clooney dan Sandra Bullock
George Clooney dan Sandra Bullock

PELAKON George Clooney memuji lakonan rakan baiknya Sandra Bullock yang dikatakan mampu meraih anugerah di Oscar akan datang.

Kata George, Bullock merupakan salah seorang pelakon wanita yang paling menonjol dalam filem terbaharunya Gravity.

"Dia adalah pelakon paling bagus yang pernah saya lihat," katanya diFestival Filem Perdana seperti dipetik IANS.

Clooney, 52, berkata, dia melihat perjalanan kerjaya Bullock dan bagaimana dia menempuh hari-hari sukarnya dengan tenang termasuk penceraian dengan suaminya pada 2010.

"Dia juga seorang kawan yang baik, dia telah melalui hari-hari yang sukar sebelum ini dan tahun ini adalah tahun terbaik bagi dia untuk kembali bersinar dalam kerjayanya," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain