suria

Junaidah Enggan Popular Kerana Pengaruh Kartunis Lat

Junaidah ingin menjadi seorang pengarah berjaya tanpa bersandarkan populariti ayahnya, Datuk Lat.
Junaidah ingin menjadi seorang pengarah berjaya tanpa bersandarkan populariti ayahnya, Datuk Lat.
Junaidah ingin menjadi seorang pengarah berjaya tanpa bersandarkan populariti ayahnya, Datuk Lat.

PETALING JAYA: Pengarah filem baharu Junaidah berasa bimbang sekiranya orang ramai meletakkan harapan tinggi terhadap sesebuah karya yang dihasilkan hanya kerana dia adalah anak kepada kartunis terkenal Datuk Mohd Nor Khalid (Lat).

Junaidah, 30, berkata, keadaan itu akan menyukarkan dirinya untuk berkarya kerana risau hasil kerja yang diusahakannya itu tidak seperti yang diharapkan masyarakat.

"Kalau boleh saya enggan dikenali hanya bersandarkan nama bapa saya. Dan kerana itu saya cuba mengelak untuk dikaitkan dengan ayah.

"Jangan salah faham pula. Bukannya apa, saya risau orang meletakkan harapan yang terlalu tinggi sekiranya saya muncul dengan sesebuah karya

"Saya tidak mewarisi bakat ayah pun, tidak pandai melukis tetapi sifat suka berlawak tu adalah," katanya kepada mStar Online.

Tambah Junaidah yang menghasilkan filem pendek Odah bagi projek Ikal Mayang pada awal tahun ini, dia juga memiliki bakat dalam penulisan skrip teater muzikal.

Katanya, dia sudah mula membabitkan diri dalam penulisan skrip sejak empat tahun lalu dengan bekerja di bawah syarikat aktor Hans Isaac iaitu Tall Order Production.

Dalam perkembangan lain, dia juga terbabit dalam pementasan teater muzikal Supermokh yang akan berlangsung bermula pada Khamis (hari ini).

"Selain itu saya juga bersyukur, selepas filem pendek Odah, ada pihak yang memberi tawaran membantu saya menerbitkan filem arahan saya sendiri dan setakat in masih lagi dalam proses perbincangan.

"Risau juga kerana ia melibatkan filem berbajet besar dan saya masih lagi baharu. Tetapi saya anggap ia sebagai satu cabaran untuk diri memberikan karya yang terbaik buat penggemar filem tempatan," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut