suria

Liam Hemsworth Tidak Tahu Guna Komputer

Liam mengakui tidak tahu menggunakan komputer.
Liam mengakui tidak tahu menggunakan komputer.
Liam mengakui tidak tahu menggunakan komputer.

AKTOR Liam Hemsworth mengakui tidak tahu menggunakan komputer dan tidak pernah mengambil peduli untuk mempelajari menggunakan alat tersebut.

Menurut laporan portal Showbizspy, Liam menyedari kekurangannya itu dan mengakui sedang menjalani kursus penggunaan komputer.

"Saya sudah dua bulan belajar mengendalikan komputer dan agak pelik apabila di usia sebegini baru saya nak belajar berkenaan dengan dunia teknologi ini," katanya.

Kesungguhan Liam mahu menjalani kursus komputer adalah sebagai persediaannya sebelum memulakan penggambaran filem berbentuk fiksyen sains iaitu Cyber.

Tambah Liam, sehingga kini dia cukup senang mempelajari teknologi komputer dan mengakui berasa rugi kerana tidak mempelajarinya sejak dahulu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain