suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diana Amir Umum Tarikh Kahwin Jumaat Ini

Diana Amir
Diana Amir
Diana Amir

PETALING JAYA: Pelakon Diana Amir mengesahkan akan berkahwin dengan tunangnya, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober ini.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, pihak pengurusannya iaitu Metrowealth International Group (MIG) akan mengadakan satu sidang media khas bagi memaklumkan mengenai perkara itu pada petang Jumaat ini.

"Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini dan semua hal tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.

Dalam perkembangan lain, Diana mengakui kini agak kurang mengambil tawaran berlakon kerana watak yang tidak sesuai dengan imejnya bertudung.

"Sekarang tiada watak yang sesuai dengan imej yang bertudung, jika ada sekalipun ada babak yang perlu buka tudung yang mana memang saya tidak mahu berbuat demikian.

"Insya-Allah kalau ada skrip yang betul-betul sesuai dan tidak perlukan saya buka tudung, saya akan terima," katanya.

Diana yang yang kini mengendalikan program bual bicara SIS di TV9 mengakui lebih selesa dengan bidang pengacaraan berbanding lakonan.

Dalam perkembangan lain, Diana juga sibuk menguruskan perniagaan pakaian miliknya iaitu Diana Amir Exclusive selain melakukan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Melindai Looi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain