suria

Kemunculan Semula Aishwarya Rai Bersama Suami

Aishwarya Rai bersama suaminya Abshisek Bachchan.
Aishwarya Rai bersama suaminya Abshisek Bachchan.
Aishwarya Rai bersama suaminya Abshisek Bachchan.

AKTRES Bollywood, Aishwarya Rai merancang untuk melakukan kemunculan semula dalam industri seni dengan berlakon di samping suaminya Abshisek Bachchan.

Seperti dipetik Newkerala.com, pasangan ini akan bekerjasama dengan penerbit Gaurang Doshi berjudul Happy Anniversary dan penggambaran akan dilakukan awal tahun hadapan.

Filem tersebut dijangka akan siap sepenuhnya dan berada di pawagam pada tahun yang sama iaitu 2014.

Sebelum ini, pasangan ini telah bergandingan dalam filem Dhai Akshar Prem Ke, Kuch Naa Kaho, Guru, Dhoom 2 dan Sarkaar Raj.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain