suria

Aziz M.Osman Kurang Guna Telefon Bimbit Elak Kesan Negatif

Aziz M.Osman
Aziz M.Osman
Aziz M.Osman

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Aziz M. Osman mengambil pendekatan mengurangkan penggunaan telefon bimbit selepas mendapati ia memberi kesan negatif dalam sesebuah keluarga.

Aziz berkata, penggunaan telefon bimbit pada zaman sekarang tanpa disedari telah mengurangkan komunikasi sesama sendiri dan ia sendiri dapat dilihat dalam keluarganya.

"Bayangkan apabila anak-anak berkumpul di rumah, mereka hanya terus mencapai telefon bimbit masing-masing dan melayari Internet sampaikan langsung tidak bercakap.

"Benda ini dilihat biasa tetapi sebenarnya serius kerana lama-kelamaan hubungan keluarga semakin longgar kerana tiada komunikasi. Sebab itu saya nak kurangkan penggunaan telefon bimbit. Ia melekakan," katanya.

Tambah Aziz, dia mula mengurangkan penggunaan telefon bimbit sejak empat bulan lalu namun mengakui menggemari telefon jenama iPhone selain gemar bermain 'game'.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terbaharu, Aziz kini sibuk menyiapkan naskhah filem seram berjudul Penunggu lakonan Ramona Zam Zam dan Riezman Khuzaimi.

"Apabila mendengar saya mahu membuat filem seram, orang pasti akan membayangkan filem hantu seperti karya-karya seram lain. Tetapi ini lain.

"Saya suka menggunakan plot cerita berunsur fantasi tetapi seram. Saya akan pastikan kelainan filem ini akan menarik perhatian para penonton.

"Insya-Allah, sekiranya semua berjalan dengan lancar, ia mungkin bakal ditayangkan pada tahun hadapan," tuturnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain