suria

Finas Rampas DVD & Peralatan Cetak Rompak KL Gangster 2

Mohd Fazli Abdul Aziz
Mohd Fazli Abdul Aziz
Mohd Fazli Abdul Aziz

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berjaya merampas lebih 5,000 cakera video digital (DVD) cetak rompak termasuk filem kontroversi KL Gangster 2 serta peralatan audio visual bernilai lebih RM40,000 dalam Operasi (Ops) Banteras yang dilancarkan di beberapa lokasi seluruh negara sepanjang minggu lalu.

Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan agensi itu, Mohd Fazli Abdul Aziz berkata, pihaknya juga berjaya merampas sebanyak 200 keping DVD cetak rompak KL Gangster 2 di Pulau Pinang dan Johor.

“Ops Banteras ini diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasa Tinggi, Hairudin Tumiran yang bertindak hasil risikan dan maklumat awam meliputi beberapa lokasi antaranya Ampang dan Seri Petaling di Lembah Kelang,” katanya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Mohd Fazli berkata, operasi seumpama itu sebenarnya dilakukan sepanjang masa tetapi dipergiatkan lagi selepas mendapat laporan daripada penerbit filem Skop Productions iaitu Datuk Yusof Haslam yang kecewa apabila filem KL Gangster 2 telah dicetak rompak dan dimuat naik di Internet.

Operasi yang melibatkan kira-kira 20 anggota penguat kuasa itu antara lain untuk memastikan semua premis yang menjual cekera padat video agar mematuhi Akta Finas 1981 iaitu tidak menjalankan aktiviti pengedaran dan pameran filem tanpa lesen.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,.

Sementara itu Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah meminta orang ramai tidak membeli DVD cetak rompak kerana ia boleh memberi kesan kepada penerbit-penerbit filem tempatan.

Ujarnya, agensi itu akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti berkenaan dalam usaha memastikan kegiatan berkenaan dapat dibanteras .

“Amalan memberi produk cetak rompak akan memberi kesan kepada industri seni dan pihak kami akan sentiasa meningkatkan kawalan berhubung perkara itu,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain