suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khloe Kardashian Mahu Tuntut Cerai Kerana Suami Curang

Lamar (kiri) dan Khloe telah berkahwin selama empat tahun.
Lamar (kiri) dan Khloe telah berkahwin selama empat tahun.
Lamar (kiri) dan Khloe telah berkahwin selama empat tahun.

BINTANG realiti Khloe Kardashian dilaporkan mengugut akan memfailkan permohonan untuk bercerai terhadap suaminya, Lamar Odom seandainya ramai lagi wanita membuat pengakuan pernah melakukan hubungan sulit dengan bintang bola keranjang itu.

Huff Post melaporkan Khloe, 29, dikatakan berang apabila Lamar telah dituduh mempunyai hubungan sulit dengan dua wanita berbeza baru-baru ini.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Khloe berasa malu dan marah apabila suaminya didakwa curang dengan seorang wanita bernama Jennifer Richardson selama setahun dan enam minggu bersama seorang peguam dikenali sebagai Polina Polonsky.

Sehingga kini, adik kepada Kim Kardashian itu mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung perkara itu.

Bagaimanapun ramai pihak menjangkakan pasangan yang sudah berkahwin selama empat tahun itu akan bercerai tidak lama lagi.

Sumber itu turut memberitahu walaupun Khloe kelihatan tabah dengan dakwaan tersebut namun hatinya telah hancur dan pasangan itu kini tinggal berasingan sejak berita tersebut tersebar.

Ibunya, Kris Jenner bagaimanapun menafikan desas-desus mengatakan anak perempuannya itu akan bercerai dengan Lamar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain