suria

Heboh Khabar Angin Salman Khan Bakal Kahwin

Kad yang dibawa Salman Khan ini menjadi teka-teki adakah dia akan berkahwin?
Kad yang dibawa Salman Khan ini menjadi teka-teki adakah dia akan berkahwin?
Kad yang dibawa Salman Khan ini menjadi teka-teki adakah dia akan berkahwin?

KHABAR angin terus tersebar kononnya bintang Hollywood terkenal Salman Khan, 47, akan menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat.

Salman yang terkenal dengan sikap suka bertukar-tukar pasangan selain tidak kekal dalam hubungan cinta dilihat seperti seorang yang tidak mahu mempunyai apa-apa ikatan yang akan menjurus kepada soal rumah tangga.

Bagaimanapun menurut laporan OneIndia, Salman baru-baru ini dilihat seperti memegang beberapa kad undangan yang rekaannya sangat eksklusif.

Selepas foto aktor tersebut tersebar, ramai yang meramalkan dia mungkin berkahwin tidak lama lagi.

Meskipun mengaku masih solo, namun khabar angin mengatakan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Daisy Shah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain