suria

Ben Affleck Dipilih Pegang Watak Batman

Ben Affleck
Ben Affleck
Ben Affleck

WARNER BROS pada Jumaat mengumumkan pemilihan aktor Ben Affleck untuk membawa watak Batman yang akan digandingkan dengan Henry Cavill bagi sekuel filem Superman ‘Man of Steel’ yang akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia mulai 17 Julai 2015.

Judul bagi sekuel filem Superman itu masih belum diputuskan.

Sekuel filem berkenaan diumumkan pada awal tahun ini tetapi para peminat kemudiannya tertanya-tanya siapakah yang akan terpilih memegang watak Batman yang akan muncul sebagai rakan Superman nanti.

Filem sekuel ini sekali lagi akan diarahkan oleh Zack Snyder.

Ia akan mencatat sejarah sebagai filem adiwira yang pertama menggandingkan watak Superman dan Batman bersama.

Affleck 10 tahun yang lalu pernah memegang watak adiwira iaitu sebagai The Daredevil, tetapi filem berbajet AS$80 juta (RM240 juta) itu hanya berjaya mengutip sekitar AS$180 juta (RM540 juta) sahaja di seluruh dunia Walaupun tidak mengalami kerugian tetapi di peringkat boxoffice masih dianggap sebagai gagal.

Man of Steel pula berjaya mengutip lebih AS$650 juta (RM1.9 bilion) di seluruh dunia.

"Filem baru ini memerlukan seorang pelakon yang luar biasa untuk membawa watak yang paling popular dalam sejarah DC Comics dan Ben Affleck tidak syak lagi memiliki kualiti tersebut,” kata Presiden Pembangunan Kreatif dan Penerbitan Global Warner Bros, Greg Silverman.

Sementara itu Snyder pula berkata, Ben akan memberikan dimensi seorang pejuang keadilan dan penentang jenayah yang berpengalaman dan kelihatan lebih matang serta berumur berbanding watak Clark Kent sebagai Superman dan ini bakal membawa keunikan yang tersendiri kepada filem sekuel itu nanti.

Pemilihan Affleck sebagai Bruce Wayne memperlihatkan kepercayaan yang tinggi yang Warner Bros letakkan ke atasnya selepas beliau membawa kejayaan besar dan luar biasa menerusi filem Argo yang juga diterbitkan oleh syarikat yang sama.

Penggambaran filem baru yang menggabungkan watak Superman dan Batman itu akan bermula pada awal tahun depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain