suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arja Lee Tolak Tawaran Berlakon Kerana Kematian Ibu

PETALING JAYA: Pelakon Arja Lee terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon bagi menghormati pemergian ibunya, Salmah Aziz yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat sementara bagi menguruskan segala hal berkaitan arwah ibunya.

"Selepas menghabiskan penggambaran drama Ramadhan Yang Hilang dan Misiku Kuza sebelum Hari Raya lalu, saya memang tidak ambil apa-apa tawaran.

"Saya ingin selesaikan beberapa urusan ibu dan buat kenduri arwah, Insya-Allah selepas Hari Raya Aidiladha mungkin saya akan kembali berlakon," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Arja berkata sambutan Syawal kali ini diselubungi perasaan sedih tanpa ibunya.

"Kehilangan ibu masih lagi terasa kerana selalunya setiap kali Syawal, dialah insan paling sibuk.

"Pada Hari Raya pertama sehingga seminggu raya kami adik beradik menziarahi kuburnya di Tanah Perkuburan Cheras Perdana (Kuala Lumpur). Selepas itu saya pulang ke kampung arwah ibu saya di Pulau Pinang untuk uruskan beberapa perkara," katanya.

Sementara itu bercerita soal lakonan, Arja berkata, dia mendapat maklum balas yang memberangsangkan terhadap lakonannya dalam drama Misiku Kuza yang ditayangkan di Astro dan Ramadhan Yang Hilang di TV3 pada Ramadan lalu.

"Alhamdulillah selepas drama tersebut ditayangkan, saya dapat banyak maklum balas positif,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain