Tiga Wanita Senarai Calon Isteri Erry Putra - Hiburan | mStar

Tiga Wanita Senarai Calon Isteri Erry Putra

Erry Putra
Erry Putra

PETALING JAYA: Pelakon Erry Putra mempunyai tiga wanita sebagai calon pilihan sebelum bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Erry atau nama sebenarnya Mohd Razlan Hamzah @ Ahmad, 35, bagaimanapun berkata, dia masih lagi mencari keserasian terhadap wanita-wanita itu sebelum memilih seorang daripada mereka bagi menjadi calon isteri.

"Bunyi seperti 'playboy' bukan? Tetapi jangan salah faham, saya hanya berkawan dan mengenali mereka dengan lebih dekat, nak lihat sejauh mana keserasian kami. Dan kemudian barulah saya pilih mana satu yang sesuai.

"Tetapi saya tidak meletakkan harapan seolah-olah mahu bercinta atau berkahwin dengan mereka. Sekiranya mereka ada pilihan lain, saya tidak mempunyai masalah,' katanya kepada mStar Online.

Tambah Erry, sudah lama dia berhasrat untuk mendirikan rumah tangga namun sehingga kini dia masih lagi tiada seorang calon.

Dan dengan cara ini, Erry mungkin dapat menunaikan hasratnya berkahwin pada tahun depan yang sudah lima tahun tertangguh.

"Kalau nak tahu, saya sudah bersedia untuk kahwin sejak lima tahun dahulu. Dan setiap tahun saya memberi harapan pada diri bahawa tahun yang seterusnya pasti akan saya temui calon yang sesuai. Dan ia berlarutan sehinggalah sekarang.

"Moga perancangan berkahwin pada tahun depan betul-betul menjadi Insya-Allah," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Erry beritahu, selain sibuk di set penggambaran dia juga aktif dalam mencipta lagu di studio dan selepas Aidilfitri nanti, dia bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaharu berjudul Tapi Aku Suka Walau Lebih Tua.

"Sehingga kini saya sudah pun menyiapkan sebanyak lima buah lagu iaitu Tidak-Tidak, Berubah, Jangan Kau Pergi, Hanya Aku serta serta Tapi Aku Suka Walau Lebih Tua.

“Kesemua single ini akan dikeluarkan secara berperingkat," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini