suria

10 Selebriti Meriahkan Program Amal PNB Darby Park

Sebahagian selebriti dan kakitangan Hotel PNB Darby Park yang menjayakan program amal dengan mengedarkan juadah berbuka puasa kepada pengguna jalan raya. Foto LOW BOON TAT
Sebahagian selebriti dan kakitangan Hotel PNB Darby Park yang menjayakan program amal dengan mengedarkan juadah berbuka puasa kepada pengguna jalan raya. Foto LOW BOON TAT
Sebahagian selebriti dan kakitangan Hotel PNB Darby Park yang menjayakan program amal dengan mengedarkan juadah berbuka puasa kepada pengguna jalan raya. Foto LOW BOON TAT

KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang selebriti telah bergabung dengan Hotel PNB Darby Park bagi menjayakan program amal dengan mengedarkan juadah berbuka puasa kepada pengguna jalan raya.

Sebanyak 300 bungkusan juadah puasa diedarkan berhadapan bangunan PNB Darby Park dan turut disertai oleh Pemangku Penolong Pengurus Eksekutif, Yatie Omar selain ketua jabatan hotel berkenaan.

"Program ini adalah sumbangan kecil daripada keluarga PNB Darby Park dan kami berharap dapat menganjurkan dengan lebih banyak lagi aktiviti bermanfaat kepada masyarakat.

"Sokongan yang sangat positif daripada para artis kerana sanggup turun padang bagi menyokong program kami," kata Yatie ketika ditemui di The 39 Restaurant di sini, Jumaat.

Antara artis yang hadir adalah Irma Hasmie, Emma Maembong, Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Bob AF, Amran Ismail, Julie Zigler, Fiq dan sebagainya.

Aktiviti yang bermula pada pukul 6 petang itu kemudiannya diteruskan dengan acara berbuka puasa di hotel sama.

Dalam perkembangan sama, Fahrin Ahmad berkata, aktiviti berkenaan sangat baik terutamanya kepada pengguna jalan raya yang tidak sempat pulang untuk berbuka di rumah kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

"Tahu sahajalah keadaan lalu lintas di Kuala Lumpur ini yang sentiasa sesak terutama pada waktu puncak dan sekurang-kurangnya dengan pemberian juadah berbuka dapat mereka berbuka puasa jika tidak sempat sampai ke rumah," katanya.

Manakala pelakon Emma Maembong pula memberitahu dia pertama kali terlibat dalam aktiviti seumpama itu dan gembira dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

"Pengalaman baharu buat saya apabila berpeluang memberi juadah berbuka puasa kepada pengguna jalan raya dan melihat mereka gembira menerima makanan berkenaan," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain