suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eva Longoria Sah Bercinta Dengan Ernesto Arguello

Eva mengakui kini dia bahagia di samping Ernesto.
Eva mengakui kini dia bahagia di samping Ernesto.
Eva mengakui kini dia bahagia di samping Ernesto.

BERBULAN-BULAN menyimpan rahsia status perhubungan dengan Ernesto Arguello, akhirnya aktres Eva Longoria membuat pengesahan bahawa dia kini sedang bercinta dengan usahawan itu.

Menurut laporan E!Online, Eva mengakui dia kini cukup bahagia bersama pasangan barunya tu sejak bercerai dengan pemain bola keranjang Tony Parker.

"Saya rasa hubungan kami sangat istimewa dan kami benar-benar rapat. Saya berterima kasih kepada semua orang yang mempersoalkan status perhubungan ini.

"Kerana persoalan itu juga saya yakin dia adalah lelaki yang terbaik buat saya," katanya.

Terdahulu, Eva dan Ernesto dikatakan sering keluar bersama, malah aktres itu telah pun berjumpa dengan ibu bapa lelaki tersebut selepas beberapa bulan perkenalan.

Difahamkan mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain