suria

Avril Lavigne & Chad Kroeger Berkahwin Di Perancis

Avril dan Chad telah berkahwin di Selatan Perancis pada sabtu lalu.
Avril dan Chad telah berkahwin di Selatan Perancis pada sabtu lalu.
Avril dan Chad telah berkahwin di Selatan Perancis pada sabtu lalu.

PENYANYI Avril Lavigne akhirnya berkahwin dengan kekasihnya vokalis kumpulan Nickleback, Chad Kroeger pada Sabtu lalu di Selatan Perancis.

Berita berkenaan didedahkan oleh jurucakapnya Mike Heller di laman Twitter dan memberitahu Avril dan Chad kelihatan sangat gembira pada majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat itu.

"Hari yang sangat istimewa. Bintang kecilku Avril berkahwin hari ini dan sangat gembira dapat bersama-samanya," katanya.

Bagaimanapun tiada sebarang gambar yang dimuat naik oleh Mike namun memberitahu tetamu yang hadir kelihatan semangat dan teruja dengan majlis berkenaan.

Avril yang pernah berkahwin sebelum ini pernah memberitahu mahu mengadakan tema yang luar biasa pada hari perkahwinannya dengan Chad.

Artikel Lain