suria

Chris Brown Nafi Lakukan Kesalahan Lalu Lintas

Chris Brown
Chris Brown
Chris Brown

PENYANYI Chris Brown dilaporkan melakukan kesalahan lalu lintas baru-baru ini. Bekas kekasih Rihanna itu dikatakan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun Chris membuat kenyataan bahawa dia tidak berhadapan dengan sebarang tindakan undang-undang seperti yang dilaporkan.

"Semua yang dikhabarkan tidak benar. Memang ada berlaku kemalangan kecil dan pelanggaran tetapi tiada apa-apa kerosakan," katanya seperti dilapor The Guardian.

Ketika ini, Chris masih lagi menjalani hukuman setelah didapati bersalah melakukan penganiayaan terhadap Rihanna.

Malah baru-baru ini, seorang wanita muncul dengan mendakwa penyanyi lagu Eith You itu bertindak kasar terhadapnya ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun tuduhan tersebut belum terbukti.

Artikel Sebelum

Artikel Lain